Home » Buffet Ramadan 2011 Hotel One World, Bandar Utama, KL

Buffet Ramadan 2011 Hotel One World, Bandar Utama, KL

Buffet Ramadhan Hotel One World, Bandar Utama, Kuala Lumpur bertemakan Selera Kampung Ku,menyaksikan pelbagai juadah kampung menjadi pilihan Hotel One World.

Buffet

Bertempat di Cinnamon Coffee House, pelanggan dapat merasai juadah mewah berharga dari RM108 untuk dewasa dan dari RM54 bagi kanak-kanak, sehingga 30 Ogos ini.

Menurut chef pakar masakan Melayu Hotel One World, Zaliha Asmael, seperti tahun-tahun sebelum ini, dia merupakan orang yang bertanggungjawab menyediakan sajian masakan Melayu.

Tetapi untuk tahun ini, dia telah dipertanggungjawabkan menyediakan masakan bercirikan kampung seperti nasi minyak sari Syawal, kari daging tetel berkentang, ayam masak rendang raya, ikan tenggiri goreng berlada, udang sambal petai hirisan, ketam goreng berempah dan nangka muda lemak cili padi dengan tulang ikan masin.

"Seperti semua orang ketahui, masakan kampung merupakan sejenis masakan yang tidak jemu dinikmati terutama sekali bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar.

"Sudah pasti bahan-bahan yang digunakan merupakan rempah ratus asli tempatan dan segar," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Tambah Zaliha, menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih kurang 200 hidangan setiap hari.

Ini termasuk hidangan 'wajib', kambing golek yang tidak pernah ketinggalan disediakn buat peminat-peminat daging kambing.

"Untuk tahun ini, kami memberi sedikit kelainan dengan menyediakan pelbagai gerai hidangan seperti laksa, popia basah, yong tau foo, char kue tiau, rojak, kerabu dan sebagainya.

"Dalam masa yang sama, kami turut menyediakan pelbagai aneka panggang yang akan dibakar mengikut permintaan pengunjung agar disajikan panas-panas," katanya.

Jelasnya, setiap hari sepanjang bulan Ramadan , dia akan menyediakan masakan untuk 800 hingga 1,000 orang.



 
Chatroom