Home » » Cara memilih buah-buahan | tip memilih buah

Cara memilih buah-buahan | tip memilih buah

Sekiranya membeli buah-buahan, ia hendaklah untuk tujuan dimakan pada hari dibeli atau pada hari esok. Jangan membeli buah-buahan secara berlebih-lebihan, walaupun harganya murah, kerana:

Buah-buahan tempatan tidak tahan lama jika disimpan lebih daripada tiga hari. Rasanya juga menjadi kurang sedap.


Cara memilih buah-buahan

Beli buah-buahan pada musim buah agar dapat buah-buahan yang lebih bermutu.

Apabila membeli betik atau pisang, janganlah dipicit-picit. Perbuatan ini akan menyebabkan buah-buahan tersebut lebam, rosak dan cepat busuk.

Jangan membeli ketika pembeli-pembeli lain sedang ramai atau berebut-rebut membeli kerana:

* Harga menjadi lebih mahal.

* Tidak dapat membuat pilihan dengan teliti.

Perhatikan keadaan buah-buahan tersebut:

* Keseluruhan buah-buahan tersebut kelihatan segar dan tidak layu.

* Rasanya berat

* Tidak terdapat bekas terpotong, digigit ulat atau binatang.

* Tampuknya tidak mempunyai tanda menunjukkan telah lama dipetik atau telah lama diperam.

Petua mengenali nanas yang masak:

* Mata-matanya tidak berapa timbul lagi.

* Jambul atau kumpulan daun-daun yang tumbuh di hujung nanas mudah ditanggalkan.

* Warna nanas itu kelihatan menunjukkan warna-warnanya yang tertentu, iaitu kuning tua, kuning keemas-emasan atau kuning kemerah-merahan.

Petua mengenali tembikai yang masak:

* Kulitnya agak licin.

* Pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung warnanya putih kuning air.

Sekiranya tembikai itu telah dibelah, pastikan:

* Jangan mudah terpengaruh dengan warna merah kerana ia mungkin dibalut dengan plastik berwarna merah.

* Warna tembikai yang asli kelihatan merah berseri, bukannya pucat. Manakala isinya pejal dan rongga-rongganya kasar.

* Biji-biji isinya berwarna perang tua ataupun hitam dan agak keras.




Affiliates

 
Chatroom