Home » » Pertandingan Pencarian Wanita Pilihan Berita Harian WPBH 2010

Pertandingan Pencarian Wanita Pilihan Berita Harian WPBH 2010

Pencarian Wanita Pilihan Berita Harian

Lokasi:

# 23 Januari 2010 (Sabtu) - Butik Kecantikan Avon Afeza Beauty Boutique, Lot 103, Aras Ledang, Plaza Kotaraya, Johor Bahru

# 30 Januari 2010 (Sabtu) - Butik Kecantikan Avon Faida Shoppe, 114, Aras Bawah, Bangunan Kwang Tung, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu

# 6 Februari 2010 (Sabtu) - Butik Kecantikan Avon Haninovarra, Lot 101G, Jalan Mamanda 2, Ampang Point, Kuala Lumpur.

Sesi uji bakat secara langsung Pencarian Wanita Pilihan Berita Harian WPBH 2010 diadakan di empat negeri dan selain Pulau Pinang, ia juga bakal berlangsung di Johor Baharu pada 23 Januari ini, Kuala Terengganu (30 Januari) dan Kuala Lumpur (6 Februari).

Pembaca yang berminat untuk menyertai pertandingan itu juga boleh menghantar penyertaan mereka melalui pos dengan menyertakan gambar bersaiz 4R, resit pembelian barangan Avon minimum RM10 dan mengisi butir peribadi di dalam borang yang disiarkan di halaman Ratu bermula awal Januari lalu.

WPBH mensasarkan wanita berusia 18 hingga 35 tahun, bijak, berwawasan dan mempunyai hala tuju supaya menjadi ikon kepada yang lain dalam usaha memartabatkan wanita di negara ini selain menyemaikan sifat prihatin terhadap mereka memerlukan.

Pertandingan WPBH 2010 anjuran Unit Wanita BH melalui halaman Ratu dibawakan oleh Avon dengan penajaan bersama Hot Perfume, PT Garia Putra Mandiri, Glam Hair Studio, Artis Studio dan Harian Metro sebagai rakan media.

Pertandingan ini menawarkan hadiah bernilai lebih RM10,000 kepada pemenang selain berpeluang menyumbang RM5,000 kepada rumah atau badan kebajikan pilihan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai WPBH 2010, hubungi Unit Wanita dan Keluarga BH di talian 03-20569355 atau 03-20569462.



0 Komen:

Catat Komen

 
Chatroom