Home » » Tip didik anak bawa makanan bekal

Tip didik anak bawa makanan bekal

Tip didik si kecil bawa makanan bekal

* Pertamanya, ajar anak mengenai kebaikan tabiat pemakanan sihat dengan mengutamakan pilihan menu yang berkhasiat.

* Terangkan kepada mereka mengenai kebaikan membawa bekalan makanan ke sekolah dan peri pentingnya sebagai mengelak lapar.

* Jelaskan juga jenis makanan dan khasiat di dalamnya.

* Kanak-kanak sukakan kreativiti. Anda boleh bentuk sandwic atau gulungan sayur-sayuran yang diselitkan bersama keju dan sayur-sayuran.

* Bekalkan buah-buahan berbeza mengikut hari seperti pisang setiap Isnin, epal (Selasa), oren (Rabu), betik (Khamis) dan jambu (Jumaat). Anda boleh mengulangi buah sama jika ia menjadi kegemaran si kecil.



 
Chatroom