Home » » Masalah rambut

Masalah rambut

Cantik secara fizikal dilihat dari hujung rambut ke hujung kaki. Justeru bukan saja rupa paras, sebaliknya mahkota sihat juga adalah imbasan kesihatan individu.

Bagaimanapun dalam kesibukan harian, ramai tidak menyedari masalah kulit kepala dan kehilangan rambut berpunca daripada dua faktor penting menyumbang kepada masalah ini, iaitu fizikal (luaran) dan genetik.

Mungkin pelik bunyinya jika dikatakan penggunaan sikat juga memainkan peranan dalam penjagaan rambut dan kulit kepala. Penggunaan sikat yang salah menyumbang kepada masalah keguguran adalah kerana rambut manusia tidak sama dan memerlukan jenis sikat yang berbeza ketika menyikat rambut

Selain itu, tabiat menyikat rambut dengan kasar dan penggunaan sikat yang tidak sesuai dengan jenis rambut juga boleh mendorong seseorang kepada masalah botak pada usia muda. Mata sikat hendaklah tidak terlalu rapat dan tajam kerana ia boleh mencederakan kulit kepala dan pembukaan liang akar rambut.

Sebenarnya, setiap akar rambut boleh kehilangan rambut beberapa kali dan bilangan ini berbeza antara individu. Setiap kali kehilangan rambut, akar rambut akan menghasilkan rambut baru sehingga kehilangan rambut terakhir kerana selepas itu, liang akar rambut akan tertutup.

Pakar Kesihatan dan Penjagaan Rambut, Mark Birch, berkata kehadiran liang ini menyebabkan permukaan kulit kepala menjadi tidak rata dan mata sikat terlalu rapat akan menghasilkan geseran atau daya tarikan berlebihan dipanggil ‘traction alopecia’ yang menyebabkan keguguran rambut.

Selain itu, katanya, keguguran rambut juga boleh berlaku akibat kekerapan penggunaan bahan kimia seperti pewarna rambut atau yang dikenakan terhadap kulit.

“Memang tidak dinafikan ramai beranggapan mewarnakan rambut, wajah akan tampak lebih ceria dan segar, namun bahan yang terkandung dalam pewarna rambut yang digunakan mengandungi kimia yang boleh merosakkan akar rambut.

“Jika sekadar putus, rambut akan tumbuh semula tetapi jika akar rambut tercabut sama, tiada rambut akan tumbuh di tempat berkenaan,” katanya ditemui dalam satu majlis perasmian produk kesihatan rambut, di pusat rawatan rambut Svenson, baru-baru ini.

Mark berkata, rambut memerlukan pengurusan dan penjagaan yang istimewa jika menginginkan ia sentiasa kelihatan cantik dan sihat. Selain itu, penggunaan produk kesihatan rambut haruslah betul dan selamat daripada bahan kimia.

Sehubungan itu, bagi merawat masalah pengguguran rambut dengan menjalani rawatan StemPlus Therapy yang mampu memperbetulkan struktur kulit kepala yang rosak akibat kelalaian dalam penjagaannya.

Rawatan StemPlus menggunakan gabungan lemak haiwan bersama bahan berteknologi tinggi sebagai bahan asasnya untuk membantu menguat dan menyihatkan folikel rambut sepanjang penumbuhan rambut baru.

Terapi yang mampu memberangsangkan pertumbuhan rambut itu boleh dilakukan ke atas kesemua jenis kulit kepala selain bertindak untuk mempertingkatkan saiz liang rambut, membina semula struktur peredaran darah ke liang, serta membangkitkan stimulasi melanin yang mencegah kehadiran rambut putih.

Mark berkata, rawatan StemPlus memberikan rawatan yang berkesan untuk memberangsangkan stimulasi dan memulihkan aktiviti semula jadi yang berlaku pada tisu kulit kepala dalam melahirkan rambut yang sihat dan kuat.

Katanya, rawatan itu turut memberikan khasiat formula aktif seperti vitamin C, E dan B kompleks, mineral, hormon wanita, Biotin yang boleh membantu dalam menghasilkan keperluan dan pembetulan keadaan kulit kepala serta rambut.

“Rawatan itu memperbaiki struktur kulit kepala yang rosak dengan merangsang lemak yang terkandung terus berkembang sekali gus membantu penghasilan rambut baru. Selain itu, ia juga menghalang rambut daripada terus gugur.

“Sapuan serum terhadap kawasan kulit kepala yang perlu dirawat menggunakan mesin rawatan rambut khas juga berkesan untuk memberikan nutrisi dan kawalan pertumbuhan rambut serta pengguguran yang semakin membimbangkan,” katanya.

Tip Jaga rambut

* Elakkan penggunaan syampu yang banyak kandungan bahan kimia, terutama bahan pengawet sintetik iaitu amonia dan silikon kerana sebatian ini boleh mempercepatkan kerosakan akar rambut.
* Jika boleh elakkan kekerapan mewarnakan rambut. Jika terpaksa, gunakan bahan pewarna tanpa sebatian amonia, silikon dan raksa. Sementara itu, ketika sapuan dilakukan, pastikan bahan pewarna tidak terkena kulit kepala.
* Usah terlalu kerap menyikat rambut. Urut kulit kepala dengan jari bagi melancarkan aliran darah.
* Jangan mencuci rambut menggunakan sabun kerana kebanyakan sabun mengandungi sodium hidroksida, begitu juga dengan syampu kategori 2 dalam 1, sebaliknya pilih syampu lembut yang bebas amonia dan silikon.


Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar



0 Komen:

Catat Komen

 
Chatroom