Home » » 5 tips kekal tubuh ramping saat bercuti

5 tips kekal tubuh ramping saat bercuti

5 tips kekal tubuh ramping saat bercuti

5 idea kekalkan bentuk tubuh yang ramping untuk anda cuba saat bercuti.

1. Tempah fasiliti penginapan yang memiliki dapur

Tambah sedikit bajet dan menginaplah di bilik hotel atau homestay berdapur, lengkap dengan peti sejuk mini. Ini membolehkan anda membeli bekalan bahan mentah seperti sayuran dan buahan untuk anda menyediakan makanan sihat dengan cara yang anda sukai. Makanan di restoran biasanya memiliki portion yang besar dengan kandungan kalori yang tinggi. Jadi, apakata anda menjamah makanan yang lebih sihat untuk sarapan sebelum menjamu selera di restoran hebat untuk makan tengahari dan makan malam semasa berliburan? Selidik pilihan restoran di lokasi yang ditujui di alam maya. Ingat, matlamat anda adalah berat badan yang kekal sama sebelum dan selepas bercuti, bukan berkurangan kerana dehidrasi dan cirit-birit akibat menjamah makanan tercemar.

2. Bawa bersama resistance band

Untuk fitness enthusiast, jangan risau kalau lokasi penginapan anda tidak memiliki gim. Semasa mengemas bagasi, bungkus sekali resistance band yang anda miliki. Saiznya yang kecil dan fungsinya yang pelbagai membolehkan anda memulas otot meskipun memiliki ruang yang terhad. Sebelum bertolak, semak dulu beberapa klip video di YouTube untuk idea senaman ringkas tapi berkesan dengan resistance band.

3.Keluar berjogging di waktu pagi


Benar, anda kepenatan bersiar-siar sampai lewat malam. Dapatkanlah tidur berkualiti dan bangun awal pagi keesokkan harinya. Sarungkan kasut dan berlarilah di taman-taman, persisir pantai atau lereng-lereng bukit sambil menikmati kesegaran udara dan keindahan mentari pagi. It doesn’t have to take long, just a 15- to 20-minute run.

4. Berjalan dengan kasut sukan

Ya, tiada salahnya bersiar-siar dengan memakai kasut sukan waktu bercuti. Jangan berikan alasan yang ia nampak hodoh di kaki kerana dewasa ini, banyak sekali pilihan sneakers yang cukup feminin dan selesa untuk disarungkan sepanjang hari. Dengan menyarungkan kasut sukan, anda akan rasa lebih selesa saat terhimpit dalam kabin pesawat tambang murah dan anda juga akan diberi motivasi berharga untuk berpeleseran melawat tempat asing, walaupun badan sudah melekit dengan peluh.

5.Selitkan aktiviti lasak dalam jadual

Andai kata anda tidak mahu melaburkan masa berharga di bumi orang untuk aktiviti senaman, apa kata anda membakar kalori dengan menyertai aktiviti-aktiviti lasak yang boleh dilakukan di sekitar kawasan percutian anda? Hiking, umpamanya, membakar sehingga 490 kalori dalam sejam dan berbasikal membakar 420 kalori dalam jangka masa yang sama. Sukan ekstrim seperti rock climbing pula membakar sehingga 563 kalori sejam. Dalam kata lain, anda mengeluarkan peluh sambil melakukan aktiviti pelancongan yang memberikan kenangan unik.

Sumber: Seroja



 
Chatroom