Home » » Sinopsis Filem 'Ha Nun Ta Wau Ngapain'

Sinopsis Filem 'Ha Nun Ta Wau Ngapain'

Sinopsis Filem 'Ha Nun Ta Wau Ngapain'

Ha Nun Ta Wau...Ngapain? mengisahkan lima pelajar merancang satu pengembaraan ke puncak gunung. Cerita bermula ketika mereka dalam perjalanan ke sana. Pelbagai kisah aneh dan ganjil dilalui mereka sepanjang perjalanan sehingga tersesat serta menempuh peristiwa ngeri dan menakutkan kerana diganggu makhluk halus.

Dalam situasi yang tidak menentu itu, mereka terjumpa satu pusat peranginan usang diuruskan Maiden dan pembantunya, Apek, yang menyambut kedatangan mereka dengan penuh misteri dan tanda tanya.

Maiden dan Apek suka menceritakan kepada mereka mengenai kisah susuk, toyol, pontianak dan hantu raya. Secara tiba-tiba suatu hari, Maiden dan Apek hilang dari pusat peranginan itu, ke manakah mereka pergi dan apakah yang terjadi pada lima sekawan itu?


Ha Nun Ta Wau...Ngapain? berkonsep komedi seram adalah filem arahan Majid Salleh dilakonkan Erry Putra, Airis Yasmin, Raja Farah, Maidin, S Shamsuddin, Nabil Ahmad, Faizal Hussein, Yank Kasim, Datuk Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Latiff Borgiba, Ruminah Sidek, Munir, Linda Hashim, Nadia, A Galak, Fathil Dhani, Dian P Ramlee dan dua pelakon Indonesia, Dea Lestari serta Tessa Mariska.

Filem Ha Nun Ta Wau...Ngapain? menelan belanja sebanyak RM 1.691 juta telah pun membuat penggambaran sejak lima tahun lalu dan ianya berkisar pertembungan dua hantu dari seberang.

Gabungan pelakon dari Malaysia dan Indonesia merupakan filem yang dijangka akan mendapat tempat sekali gus pecah panggung.

Trailer  'Ha Nun Ta Wau Ngapain'



 
Chatroom