Home » » 5 makanan ringan/kudapan untuk berdiet

5 makanan ringan/kudapan untuk berdiet

5 makanan ringan untuk berdiet

Kemahuan semua orang, makan dalam kadar yang banyak tetapi tetap kurus. Impian yang lebih besar? Menjamu makanan ringan tanpa mengira jumlah dan tidak perlu risau berat badan naik mendadak.

Sememangnya kebanyakan makanan ringan tidak baik untuk kesihatan. Selain mempunyai kadar gula, pewarna dan asid yang tinggi, rata-rata snek tidak memiliki khasiat yang diperlukan tubuh badan malah mengandungi lemak yang agak tinggi.

Namun tidak semua kudapan itu tidak elok. Ketahui 5 makanan ringan yang secara tidak langsung membantu proses berdiet!

Coklat gelap organik
Coklat gelap organik

Lelaki atau perempuan, kedua-duanya menyukai coklat. Masalahnya hampir kesemua coklat di pasaran mempunyai kalori yang tinggi, dipenuhi gula dan lemak tepu. Coklat gelap organik dirumus dengan jumlah koko yang tinggi lantas tidak mengandungi bahan tambahan yang mampu merosakkan diet.

Roti pita gandum


Elakkan dari menghadam kerepek kentang ketika lapar sebaliknya pilihlah roti pita gandum. Snek berhasiat ini mengandungi serat dan antioksidan seperti asid fenolik. Boleh cicah dalam hummus atau kuah lain untuk menambah perisa dan protein.

Buah-buahan kering

Jika gula-gula dan manisan seangkatannya mempunyai jumlah gula yang sungguh tidak sihat, beralih kepada buah-buahan kering. Terdapat pelbagai jenis untuk dipilih seperti buah ara, aprikot atau kurma. Bukan sahaja enak, tetapi buah-buahan kering dipenuhi mineral penting seperti potassium.

Wedges ubi keledek

Ubi keledek (sweet potatoes) merupakan alternatif terbaik kepada kentang biasa kerana khasiat antioksidannya. Cuba gantikan kentang goreng yang tinggi sodium, lemak trans dan kalori kepada wedges ubi keledek. Cara membuatnya? Taburkan sedikit minyak zaitun dan garam laut sebelum bakar dalam ketuhar.

Bertih jagung organik

Daripada mengunyah bertih jagung yang berkaramel, masin atau pelbagai perisa, bertukarlah kepada popcorn organik yang jauh lebih baik. Bertih jagung organik tidak menggunakan gula selain rendah jumlah mentega yang digunakan. Boleh makan dalam kadar yang  banyak!

Apa tunggu lagi? Bertukarlah dan tetap nikmati makanan ringan kegemaran anda.

Sumber: Mylaunchpad



 
Chatroom