Rahsia kecantikan Ayda Jebat
Mari kita ikuti rahsia Ayda dalam menjaga kecantikan meliputi kulit wajah, rambut dan diet.
Sebagai selebriti yang menjadi idola peminat, apa pengertian cantik bagi anda?
AYDA : Bagi saya kecantikan itu adalah sesuatu yang luas, ia tidak semestinya berkaitan kecantikan muka, kulit seseorang, tetapi kadang kala karakter juga boleh menjadikan seseorang itu cantik. Apa yang penting sebenarnya adalah hati, kalau hati kita bersih, ia secara tidak langsung menjadikan kita nampak cantik.
Anda bertuah kerana memiliki tubuh yang langsing, apakah yang anda lakukan untuk mengawal berat badan anda?
AYDA : Alhamdulillah, saya akui saya memiliki tubuh yang susah untuk naik. Mungkin salah satunya kerana faktor metabolisme saya tinggi. Kalau naik pun, hanya akan nampak menerusi perubahan bentuk muka, tapi dari segi badan tidak banyak berubah.
Tapi saya tidak amalkan apa-apa diet yang ketat untuk mengawal berat badan saya, saya cuma jadi diri sendiri.
Dengan jadual seni yang padat, aktiviti senaman apa yang sering Ayda lakukan?
AYDA : Saya tidak mempunyai rutin harian setiap hari atau setiap minggu. Tetapi, jika ada masa yang terluang, saya akan meluangkan masa untuk menari di rumah, sebagai salah satu cara senamaan. Ala-ala zumba, tapi saya lebih gemar lakukan seorang diri.
Boleh kongsikan rutin pemakanan anda?
AYDA : Percaya atau tidak, saya adalah seorang yang tidak boleh hidup tanpa nasi. Hari-hari saya perlu mengambil nasi dan makanan barat macam spageti bukan kegemaran saya. Malah saya makan untuk kenyang, cuma kalau hari tidak bekerja, saya akan kurangkan pengambilan nasi.
Adakan anda mengamalkan pengambilan suplemen?
AYDA : Ya, sejak beberapa bulan lalu, saya amalkan pengambilan suplemen dari Aura White iaitu Aura White Bubbly, sejenis serbuk untuk kita makan dan Alhamdulillah ia bantu saya untuk kekal bertenaga biarpun seharian berada di lokasi.
Bagaimana pula dengan dengan rutin penjagaan wajah anda?
AYDA : Saya adalah salah seorang yang mempunyai kulit wajah yang sensitif dan tidak boleh memakai sebarang jenis produk muka. Kalau tersalah memakai produk, wajah saya akan timbul jerawat halus. Jadi saya hanya memakai produk yang disarankan oleh doktor sahaja.
Namun baru-baru ini saya mencuba produk Aura White dan saya tak sangka produk terbabit sesuai dengan kulit saya. Sejak itu saya memang mengamalkan pengambilan kolagen Aura White sebagai makanan tambahan untuk mencantikkan kulit.
Adakah anda mempunyai rahsia lain menjaga kulit?
AYDA : Sebelum tidur, saya mengamalkan untuk menyapu losyen dan ia memang menjadi tabiat saya sejak kecil lagi. Selain itu, saya akan memastikan muka saya bersih tanpa solekan sebelum tidur dan memastikan akan memakai penyegar dan pelembap setiap hari.
Apa pula rahsia anda menjaga rambut yang kerap didandan?
AYDA : Saya jarang ke salon untuk membelai rambut. Saya hanya akan ke salon untuk mengunting atau melakukan kemasan rambut. Saya bersyukur kerana tidak mengalami masalah rambut dan rambut saya juga
lebat.
Bagaimanapun saya banyak menjaga dan merawat rambut saya sendiri dengan menggunakan syampu khusus yang saya beli di salon. Saya juga mengamalkan untuk menyapu serum dan tonik rambut agar rambut kekal cantik dan sihat.
Sedikit mengenai gaya fesyen anda...
AYDA : Saya seorang yang ringkas, dan suka bergaya mengikut kesesuaian umur. Ada sesetengah gadis suka pakai kasut tinggi, dengan beg tangan dan solekan tebal, tapi saya tidak.
Saya suka memakai kasut but bersama seluar 'skinny' dan beg sandang, jarang saya memakai beg tangan, melainkan saya memakai baju kurung atau dress.