Home » » Sinopsis Delina, drama bersiri fantasi

Sinopsis Delina, drama bersiri fantasi

Sinopsis Delina

Drama bersiri Delina mengisahkan Delina, pelajar perempuan yang paling comel dan cantik di sekolahnya tetapi dia juga seorang yang sangat angkuh. Satu hari, Delina telah disumpah oleh seorang nenek kebayan dan badannya mengecil dan hanya setinggi Thumbelina.

Delina perlu menyempurnakan lima tugasan untuk melumpuhkan sumpahan dan kembali menjadi normal. Lima tugasan itu telah dibertahu oleh Nenek Kebayan dalam bentuk pantun dan kunci adalah Delina perlu mencari percintaan, kemaafan, kasih sayang, pengorbanan dan kejujuran.

Drama Delina

Mampukah Delina menjalani hukumannya sebagai seorang kerdil? Dapatkah Delina menyempurnakan kelima-lima tugasan Nenek Kebayan itu? Mampukah dia mendapatkan badannya kembali? Segala persoalan itu akan terjawab dalam Slot Lestary.

Drama bersiri 13 episod ini akan bermula bersiaran pada setiap hari Rabu, pada jam 9 malam bermula 14 Januari lalu. Namun bermula 4 Febuari 2015, Delina akan bersiaran dua kali seminggu iaitu hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam.

Drama fantasi Delina terbitan Filmscape Sdn Bhd dan diarah oleh Kabir Bhatia dan Rosh. Drama Delina ini dibintangi oleh Ezatty Abdullah, Fadlan Hashim, Zara Zya, dan Aedy Ashraf.



 
Chatroom