Home » » Punca Demam dan Rawatan Demam

Punca Demam dan Rawatan Demam

Punca Demam dan Rawatan Demam

Pengenalan

Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan anda mempunyai jangkitan kuman atau virus. Suhu badan normal adalah 36.5°C-37.5°C, jika melebihi tahap suhu ini anda disahkan demam.

Demam juga boleh dimanifestasikan oleh penyakit kronik atau sebarang reaksi immunologi.

Penyebab Demam

    Jangkitan virus penyebab kepada selsema, sakit tekak dan cirit-birit
    Jangkitan kuman di paru-paru (pneumonia), batuk kering (TB) dan jangkitan saraf (meningitis)
    Demam malaria/denggi/HIV
    Penyakit sendi
    Ubat seperti antibiotik dan sebagainya
    Barah/Kanser

Rawatan

Jangkitan ringan selalunya akan lega tanpa rawatan kerana sistem imunisasi berjaya menangani jangkitan.

Perkara yang perlu dilakukan dirumah ketika demam adalah :

    Demam yang ringan <38 br="" dan="" komplikasi="" tiada="">    Minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah kehilangan bendalir dalam badan.
    Makan makanan ringan dan mudah hadam seperti sup
    Cuba mandi dengan menggunakan air suam untuk meredakan demam.
    Berpakaian longgar, jangan berselimut kerana ini akan meningkatkan suhu badan.
    Makan ubat seperti paracetamol dengan jumlah yang tepat untuk meredakan demam
    Mendemah bahagian badan seperti kepala, kaki dan abdomen dengan tuala basah boleh juga menurunkan suhu badan

Bila Perlu Berjumpa Doktor?

Jika anda mempunyai gejala yang serius :

    Jika suhu badan melebihi ≥38°C rawatan di rumah tidak akan membantu.
    Baru pulang dari perjalanan luar negara.
    Mendapat gejala lain seperti ruam, pendarahan, sawan, mengantuk, sesak nafas, sakit-sakit sendi, atau bengkak-bengkak badan
    Sakit perut, mata atau tulang pipi.
    Mempunyai lain-lain penyakit seperti kencing manis dan barah.
    Tidak dapat mengambil makanan dan bendalir yang cukup.
    Sering buang air kecil dan mengalami kesakitan atau dengan kadar yang sedikit.
    Tidak ada perubahan selepas 4 ke 5 hari.
    Demam masih berlarutan walaupun dengan rawatan di rumah.
    Demam berkaitan dengan kecederaan

Pencegahan

    Elakkan dari mendekati seseorang yang demam berpunca daripada penyakit berjangkit seperti TB
    Mengamalkan kebersihan .
    Menjauhi tempat-tempat yang sesak seperti perhimpunan jalanan dan pusat membeli-belah yang sesak
    Sentiasa aktif dan melakukan senaman secara berkala
    Ambil diet yang seimbang dan sihat.




Soalan Lazim

Bagaimana Mengukur Suhu Badan?

    Untuk memastikan adakan anda demam, gunakan jangkasuhu klinikal yang bole di beli dari farmasi, untuk mengukur suhu badan.
    Penggunaan digital termometer adalah digalakkan berbanding dengan jangka suhu merkuri terutama dirumah
    Pastikan jangka suhu bersih sebelum digunakan. Air boleh digunakan untuk membersih jangkasuhu
    Ikut arahan penggunaan dengan betul sebelum digunakan
    Jika tahap suhu badan ≥ 38°C, sila berjumpa dengan anggota kesihatan terdekat
    Jangka suhu telinga boleh digunakan
    Strip jangka berwarna tidak tepat dan tidak digalakkan penggunaannya.

Sekiranya anda tidak pasti, sila berjumpa doktor.

Sumber: myhealth.gov.my



 
Chatroom