Tip Elak Lapar Ketika Berdiet (Panduan Diet)
Semasa kita berdiet, rasa lapar adalah masalah yang paling utama. Jika tidak mampu ditangani, boleh mengakibatkan anda mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak bagi mendapatkan rasa kenyang. Hasilnya, program diet yang dipraktikkan pasti gagal seterusnya membuatkan anda bertambah gemuk. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dicuba:
• Kerap minum air
Bagi mengelakkan rasa lapar, amalkan mengambil segelas air pada setiap jam. Kebiasaan seperti ini amat membantu bagi mengeluarkan toksik di dalam tubuh sekali gus memberikan rasa kenyang. Akhirnya, tubuh akan terhidrasi dengan baik seterusnya membuatkan badan kembali sihat bertenaga.
• Letak kayu manis dalam masakan
Adakah anda tahu bahawa kayu manis adalah rempah yang sihat dan bermanfaat diletakkan di dalam masakan. Secara tidak langsung, ia berfungsi untuk menstabilkan gula dalam darah sekali gus melambatkan proses pencernaan. Hasilnya, anda akan merasa kenyang lebih lama.
• Makan secara perlahan
Makan pada kadar yang cepat membuatkan makanan yang ditelan tidak mampu dicerna dengan baik. Oleh itu, makanlah pada kadar yang lambat atau sederhana. Ia membuatkan proses pencernaan berlangsung dengan sempurna malah dalam masa yang sama membuatkan anda berasa kenyang dan selesa.
• Makan buah
Ramai mengetahui bahawasanya buah amat bagus untuk kesihatan. Namun ada di antaranya gemar mengambil jalan mudah dengan meminum jusnya sahaja. Antara minum dengan mengunyah, adalah lebih bagus makan buah asli yang telah siap dipotong. Cara ini dikatakan berupaya membuatkan seseorang itu berasa kenyang lebih lama.
• Kurangkan gula
Mungkin masih ramai yang belum sedar bahawa gula mampu membuatkan seseorang itu berasa lapar dan kenyang pada satu tempoh yang singkat. Sewaktu tekanan darah menurun, kita mudah berasa lapar. Jalan terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan sehari-hari.
• Ambil banyak serat
Serat merupakan makanan yang paling lama untuk dihadamkan. Disebabkan itulah kita digalakkan mengambil serat ketika sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Pada masa yang sama, ia juga bagus untuk kesihatan pencernaan kita.
• Minum teh atau kopi
Kopi atau teh adalah minuman yang bagus diambil bagi mengurangkan rasa lapar. Lebih elok sekiranya ia dihidangkan bersama jumlah gula yang kurang. Selain itu, teh juga dikatakan berupaya meningkatkan tahap kesihatan tubuh secara keseluruhan.
• Makan dalam kuantiti sedikit
Tidak salah makan tiga kali sehari tetapi cubalah ambil makanan tersebut dalam kuantiti sedikit. Pola makanan sebegini dipercayai amat membantu untuk menjaga paras gula dalam darah sekali gus menghindarkan kita dari merasa lapar sepanjang masa
Source:Mingguan Wanita