Home » » Sinopsis Satu Hari lakonan Remy Ishak, Sara Ali (Slot Ratu TV9)

Sinopsis Satu Hari lakonan Remy Ishak, Sara Ali (Slot Ratu TV9)

Sinopsis Satu Hari

Drama bersiri Satu Hari 14 episod mengisahkan duka yang terpalit dalam hati Isfahan sememangnya tidak boleh dibilang dengan jari.

Isfahan (Remy Ishak) yang membawa diri ke Sarajevo kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya, Lia (lakonan Rita Rudaini) curang dengan sahabat baiknya sendiri.

Sarat dengan kekecewaan terbesar dalam hidup, jejaka itu akhirnya membawa diri sejauh beribu-ribu kilometer ke bumi Sarajevo.

Dalam hati yang tidak keruan, tidak pernah sekali pun terdetik di hati kecil Isfahan bahawa dia akan bertemu cinta baharu di ibu negara Bosnia-Herzegovina itu.


Keletah comel dan misteri sikap yang dimiliki si gadis, Sabrina (Sara Ali) akhirnya membuka pintu hati Remy untuk bercinta kembali, namun dia masih terikat dengan memori silam.

Selepas terpaksa pulang semula ke tanah air, kesetiaan hati Isfahan kemudian diduga apabila kembali ditagih cinta lama. Adakah Isfahan kembali me­nyulam kenangan lalu atau kekal bersama cintanya bersama Sabrina yang ditinggalkan di Sarajevo? Apakah kesudahan kisah cinta mereka?

Segala-galanya bakal terjawab dalam drama bersiri 14 episod Satu Hari yang bakal menemui penonton menerusi slot Ratu di saluran TV9 pada setiap Selasa dan Rabu pukul 8.30 malam bermula 2 Disember 2014

Drama arahan Jamal Khan terbitan produksi Primeworks Studio Sdn. Bhd. itu yang buat julung-julung kalinya menggandingkan Remy dan Sara sebagai hero dan heroin di kaca televi­syen kini sedang menjalani penggambaran kira-kira tiga minggu di negara yang pernah dilanda peperangan itu.



 
Chatroom