Kentang bantu turunkan berat badan
Berita gembira buat peminat kentang.
Sebelum ini, kentang dianggap sebagai makanan yang boleh menyumbang kepada kegemukan kerana kandungan kanjinya yang tinggi.
Bagaimanapun, kajian terbaharu mendapati, tanaman berubi itu mampu membantu mengelakkan kenaikan berat badan.
Berdasarkan kajian yang diterbitkan penyelidik dari Universiti McGill, Quebec, Kanada di dalam jurnal Plos One, tikus makmal yang diberi diet kaya ubi kentang menunjukkan penurunan dalam berat badan.
Kumpulan penyelidik itu percaya kentang mempunyai kandungan polifenol yang membantu menurunkan berat badan.
“Kami terkejut dengan penemuan baharu ini dan bercadang untuk menjalankan kajian lanjut menggunakan kentang daripada musim berbeza untuk mendapat kepastian,” kata salah seorang penyelidik, Profesor Luis Agellon.