Home » » Tips Petua Elak Pedih Ulu Hati

Tips Petua Elak Pedih Ulu Hati

Tips Petua Elak Pedih Ulu Hati

Lebih dariapda 60 juta rakyat di Amerika syarikat dibelenggu masalah asid refluks yang boleh menyebabkan masalah dada, batuk kering atau sukar menelan. Kajian yang dilakukan juga menunjukkan masalah ini semakin meingkat saban tahun. Apa yang membimbangkan kini, terdapat ubat-ubat yang menjadi punca kepada masalah cirit birit yang serius, kesakitan dan demam serta keretakan tulang. Jika anda mula merasakan pedih pada hulu hati, amalan gaya pemakanan di bawah mungkin boleh membantu :-



1) ELAK PENGAMBILAN SODA DAN MINUMAN BERTENAGA
- menurut Jamie Koufman, pengarang bersama Dropping acid : The Reflux Diet Cookbook and Cure, minuman tersebut sangat berasid. Ia boleh merosakkan tekak dan esofogus individu dengan refluks.

2) MAKAN SEDIKIT DAN TANPA LEMAK
- Willam Chey, profesor perubatan di Universiti Michigan menyatakan bahawa mengambil sedikit makanan dalam satu-satu masa diibaratkan dapat memotong makanan berminyak dalam kuantiti kecil. Ini adalah kerana lemak lambat untuk dihadamkan dan dapat menahan perut untuk kekal kenyang dalam tempoh lama.

3) KUNYAH GULA GETAH TERUTAMA SELEPAS MAKAN
- ia mengawal tubuh anda untuk membuat lebih banyak air liur dan seterusnya meneutralkan asid. Gula getah juga membantu menggerakkan makanan melalui perut dengan lebih cepat.

~ MAJALAH I SIHAT



 
Chatroom