Charlie Hebdo :Mengenali akhbar kontroversi Charlie Hebdo
Charlie Hebdo atau yang dalam bahasa Inggeris dikenali Charlie Weekly adalah akhbar mingguan Perancis yang memuatkan kartun-kartun satira, laporan, polemik hingga lelucon (humor).
Media tersebut dikenali sebagai anti-agama dan sayap kiri, memuat artikel berkait kaum ekstrem kanan, Katolik, Islam, Yahudi, politik, budaya dan lain-lain.
Menurut Pemimpin Redaksi akhbar tersebut, Stephane Charbonnier, akhbar itu memuatkan sudut pandang sayap kiri dan bahkan orang-orang yang memiliki pandangan abstain (berkecuali).
Akhbar mingguan tersebut muncul pada tahun 1969 hingga 1981 yang akhirnya sempat berhenti.
Namun, pada tahun 1992 majalah tersebut bangkit kembali.
Charb, nama panggilan Stephane Charbonnier, adalah pemred (Pemimpin Redaksi) saat ini. Ia mengetuai akhbar tersebut sejak tahun 2009 hingga akhirnya ditembak mati bersama sembilan yang lainnya di pejabat akhbar berkenaan bersama dua orang anggota polis semalam.
Akhbar tersebut terbit setiap Rabu dengan edisi isu-isu yang menarik masyarakat.
Akhbar tersebut pernah memuat edisi kontroversi pada 3 November 2011. Edisi ketika itu mengubah nama Charlie Hebdo menjadi Sharia Hebdo dengan mencantumkan Muhammad sebagai editor tamu di dalamnya.
Berbagai reaksi dari masyarakat Islam dunia muncul atas pemuatan edisi tersebut. Namun, Charb menyatakan majalah yang dikelola dirinya bebas menyatakan apa pun.
Tahun 2007 Charlie Hebdo harus membela diri di pengadilan sehubungan dengan kartun Nabi Muhammad yang diulang cetak di akhbar itu dan membuat umat Islam dunia marah.
Namun satira akhbar yang anti-kemapanan itu amat beragam termasuk membuat lelucon (humor) dari aspek-aspek Kristian dan Yudaisme.
Dalam sebuah wawancara dengan BBC, Charbonnier mengatakan insiden serangan bom molotov ke pejabatnya pada 2011 merupakan serangan atas kebebasan dari 'ekstremis tolol' yang tidak mewakili komuniti Islam di Perancis. - kompas.com