Biodata Profil Mas Idayu
Nama penuh: Mas Idayu binti Mesnun
Nama komersial: Mas Idayu
Umur: 40-an
Asal: Kota Tinggi , Johor
Nama jolokan: Ratu Gelek 45°
Album
Cinta 100% (1995)
Dunia Cinta (1997)
Bolehlah Boleh (1999)
Mas Idayu 1001 (2002)
Kekal 1001 (2008)
Album Kerjasama
Puteri Dangdut (1996)
Puteri Hindi (1996)
Puteri Dangdut 2 (1998)
Salam Hari Raya (2003)
Dang Dang Dut 3 (2005)
Pencapaian:
Berbekalkan 5 buah album studio Mas Idayu pernah memenangi Album Dangdut Terbaik pada AIM 1998 dan AIM 2000.
Nama Mas Idayu tidak asing lagi di pentas program realiti nyanyian, Mentor. Popular dengan lagu “Senggol Senggolan Cubit Cubitan”, pemilik nama Mas Idayu binti Mesnun ini mencipta sejarah tersendiri apabila merupakan satu-satunya artis yang menjadi mentor sebanyak dua kali bagi program yang popular di TV3 ini.
Ratu Gelek 45° ini mula membuka lembarannya di jurnal Mentor apabila diberi tanggungjawab sebagai mentor bagi musim ketiga yang mula bersiaran pada 19 April 2009. Mempertaruhkan anak muda kelahiran Kuala Lumpur, Hanifah Md Hanafiah atau Black sebagai anak didiknya, dia berentap bersama lima mentor yang lain iaitu Jaclyn Victor, Lah Ahmad, Adibah Noor, Ajai dan Awie.
Ketika konsert pengenalan, Mas Idayu ditempatkan dalam Kumpulan B, menyaksikannya bersaing dengan Adibah Noor dan Awie. Menariknya tentang pelantun lagu “Cintaku 100%” ini adalah apabila dia menggamatkan pentas Mentor dengan membawa rotan sebagai cara untuk mendidik protegenya. Tidak hairanlah penyanyi dangdut ini menggelarkan dirinya ‘Mummy’ di mana dia mengambil pendekatan mendidik protegenya seperti seorang ibu mengajar anaknya.
Menurut Mas Idayu, dia mahu mengajar dengan cara kampung dan memberitahu jika tidak diajar dengan cara sebegitu, anak didiknya itu akan menjadi seorang yang manja. Ternyata caranya itu berkesan apabila Black dinobatkan sebagai juara. Pada malam finale, Black mematahkan rotan yang sering digunakan mentornya.
Biarpun Mentor telah berakhir, Mas Idayu dan Black masih lagi berhubung dengan baik. Black banyak meminta pendapat dan nasihat daripada Mummynya mengenai selok belok dunia hiburan. Namun, keakraban mereka disalah ertikan apabila masyarakat menyangka Mas Idayu bercinta dengan protegenya. Perkara ini dikuatkan lagi apabila Black mencium pipi Mas Idayu saat diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-24. Baik Mas Idayu mahupun Black menafikan perkara itu dan memberitahu hubungan mereka sekadar hubungan seorang ibu dan anak.
Apabila Mentor musim keempat kembali, Mas Idayu sekali lagi diberi tanggungjawab sebagai mentor. Ramai bertanggapan penyanyi “Bolehlah Boleh” ini dipilih kerana kontroversi yang dicetuskannya ketika edisi Mentor yang ketiga. Bagaimanapun, pihak produksi memberitahu pemilihan Mas Idayu adalah disebabkan komitmen baik yang diberikannya sebelum ini.
Ketika proses pemilihan, Mas Idayu menangis kerana mengakui agak tertekan untuk mencari protegenya sehingga mengadakan dua kali sesi uji bakat. Uji bakat kedua itu dilakukan di negeri kelahirannya Johor Bahru dengan menggunakan duitnya sendiri. Perjuangan Mummy untuk melahirkan bakat baru bermula apabila dia memilih Mohd Shabini bin Ibrahim atau Shaq sebagai protegenya. Seperti Black, Mummy menggunakan ‘senjata’ untuk mendidik protegenya namun kali ini bukan rotan tetapi tali pinggang.
Dalam musim keempat Mentor, Mas Idayu bersaing dengan Azmeer, Dayang Nurfaizah, Mus May, Ziana Zain dan Joe Flizzow. Ketika pusingan pertama, Mas Idayu mengejutkan ramai apabila memberhentikan persembahan anak didiknya sewaktu konsert berlangsung. Menafikan ia satu propaganda awal untuk dirinya mencari publisiti murahan, Mas Idayu menjelaskan tindakannya itu adalah kerana tidak mahu Shaq terus menyanyi dalam keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Pada malam itu, Shaq mendahului peserta lain, namun untuk pusingan kedua dan ketiga, dia berada di tangga tercorot sekaligus menyebabkan mereka tersingkir dan gagal ke peringkat seterusnya.
Walau bagaimanapun, peranan Mas Idayu di pentas Mentor tidak terhenti di situ sahaja kerana penyanyi lagu “Selangit” ini juga dijemput menjadi juri jemputan untuk musim seterusnya.
Tidak keterlaluan jika dikatakan kehadiran Mas Idayu sentiasa memeriahkan pentas Mentor dengan ‘drama’ yang dilakukannya. Hilai tawa dan suaranya yang nyaring turut menggamatkan program tersebut.