Duta Avon 2015: Pelakon Nur Fathia (Fathia Latiff)
Pelakon popular Fathia Latiff dilantik menjadi Duta Avon 2015.
Pemilihan pelakon Ariana Rose itu sebagai duta adalah berdasarkan personalitinya yang disenangi ramai serta popularitinya yang kini meningkat naik.
Menurut Pengurus Komunikasi Pemasaran, Farizan Lod, sikap Fathia yang merendah diri serta mampu berkomunikasi dengan baik apabila berhadapan dengan orang ramai antara sebab dia dipilih sebagai Duta Avon.
“Sudah semestinya duta Avon haruslah dari kalangan selebriti yang dikenali ramai. Selain itu, penggunaan produk Avon sesuai dengan usia Fathia bagi menarik pembeli yang terdiri daripada pelbagai golongan usia.
“Dia juga merupakan ikon kecantikan muda tanah air. Bagi saya pemilihan Fathia sebagai duta produk adalah satu pilihan tepat,” ujar Farizan.
Dalam pada itu, Fathia yang sememangnya merupakan pengguna produk Avon teruja kerana dipilih sebagai duta produk kecantikan tersebut.
“Saya rasa amat berbangga dan cukup bertuah kerana dipilih menjadi duta Avon kerana sebaris dengan selebriti terkenal tanah air iaitu Erra Fazira yang dulunya duta produk tersebut.
“Bagi saya harga produk Avon ini sangat berpatutan. Terutamanya minyak wangi ‘Only Delight Eau de Parfum’ yang mempunyai bau haruman mewah walaupun harganya murah,” katanya.
Tambah Fathia, dia telah menggunakan produk Avon iaitu minyak wangi ‘Far Away’ sejak berumur 12 tahun yang dihadiahkan oleh temannya dan merupakan haruman kegemarannya sehingga kini.
Pelakon yang popular menerusi drama hebat Ariana Rose itu merupakan duta bagi produk gincu bibir ‘Ultra Color Bold Lipstick’, minyak wangi ‘Only Delight Eau de Parfum’ serta set penjagaan kulit.
Sementara itu, rangkaian baru dalam gincu Ultra Color yang berharga RM19.90 ini terdiri daripada 10 warna yang mempunyai tekstur lembap berkrim dengan kemasan penuh yang sekata dan kekal lama.
Haruman Only Delight boleh didapati dengan harga RM69.90 dan mengandungi wangian buah-buahan dan bunga yang mampu menyuntik rasa riang, ceria dan optimistic kepada si pemakai.