Home » » Sinopsis Terlanjur Mencintaimu drama lakonan Reen Rahim (TV1)

Sinopsis Terlanjur Mencintaimu drama lakonan Reen Rahim (TV1)

Terlanjur Mencintaimu Sinopsis TV1

Terlanjur Mencintaimu mengisahkan Johan Iskandar mempunyai dua sebab terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha.

Sebab pertama, wasiat Tok Din dan satu lagi sebab ayahnya, Izhar. Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam akan ditinggalkan.

Dalam keterpaksaan, akhirnya mereka disatukan. Pada masa sama, perkahwinan itu melukakan hati Intan, gadis yang rapat dengan Johan di kampung. Intan kemudian membawa hati melanjutkan pengajian di Kuala Lumpur dan diterima menjadi jururawat.

Selepas berkahwin, mereka tinggal di kediaman mewah di Kuala Lumpur dan Johan mula bekerja di STH Holding. Johan bekerja bersungguh-sungguh hingga mengetepikan waktu rehatnya dan membuatkan Tengku Hanis mengaguminya dalam diam. Mereka kemudian memutuskan untuk berbulan madu dan Kelantan menjadi pilihan.

Tanpa diduga mereka bertemu Ashraf, pemuda yang pernah disayangi Tengku Hanis. Tengku Hanis kembali bersedih namun dia ceria kembali dengan lawak dibuat Johan. Satu hari ibu Tengku Hanis, Tengku Zabariah sakit. Ketika dirawat di hospital, Johan bertemu Intan yang bertugas sebagai jururawat di situ. Namun segala-galanya dirahsiakan daripada pengetahun Tengku Hanis kerana bimbang dia cemburu. Kehadiran Lutfiah, ibu Johan melawat besannya membongkar rahsia Intan hingga sampai ke pengetahuan Tengku Hanis.

Johan terlalu komitmen dengan kerjanya hingga jatuh sakit. Tengku Hanis mula bersimpati dengan suaminya dan menawarkan diri untuk kembali bekerja di STH Holding. Johan hanya bersetuju. Ketika satu mesyuarat dengan pelanggan, Johan bertemu Eryna, teman sekuliahnya sewaktu di IPTA.

Pertemuan itu membangkitkan perasaan cemburu Tengku Hanis. Dia bertambah cemburu apabila mengetahui Eryna turut terbabit dalam projek terbaru diuruskan Johan. Kebenaran akhirnya terbongkar mengenai wasiat datuk Tengku Hanis. Sebenarnya Johan terpaksa menanggung kesalahan dilakukan bapanya, Izhar yang menggelapkan duit syarikat STH Holding. Dalam keterpaksaan, Johan menceritakan segala-galanya kepada Tengku Hanis. Ketika itu Tengku Hanis menyedari ketulusan hati suaminya.

Tengku Hanis disahkan mengandung. Namun dendam Makcik Lijah yang bermusuh dengan Lutfiah, ibu Johan memadamkan hasrat mereka menimang cahaya mata, sekali gus memenuhi wasiat supaya Tengku Hanis dan Johan memiliki zuriat dalam dua tahun perkahwinan mereka. Tengku Hanis keguguran dan dia menyalahkan Johan yang tidak dapat bersamanya ketika Makcik Lijah menolaknya jatuh di tepi jalan.

Johan cuba memujuk Tengku Hanis namun tidak diendahkan. Perjanjian wasiat semakin mendekat. Masih adakah peluang mereka mendapatkan hak harta wasiat yang mengkehendaki mereka memiliki cahaya mata sebelum tamat tarikh dua tahun yang ditetapkan?

Saksikan Terlanjur Mencintaimu setiap Sabtu dan Ahad, jam 7.05 malam menerusi slot Widuri di TV1, mulai 17 Januari ini.

Pelakon Ungku Ismail Aziz, Reen Rahim, Qazem Nor, Sheera Iskandar, Syed Ali, Nisha Dirr, Kuna, Wan Hanafi Su dan Rahim Jailani.


Drama Terlanjur MencintaimuJumlah Episod: 26 episod
Adaptasi novel: Terlanjur Mencintaimu karya Syamnuriezmil
Produksi: Tekun Resmi Sdn Bhd





 
Chatroom