Home » » Sinopsis Filem Cicakman 3 lakonan Zizan

Sinopsis Filem Cicakman 3 lakonan Zizan

Sinopsis Filem Cicakman 3 lakonan Zizan

Filem Cicakman 3 mengisahkan Man (Zizan) seorang suami kepada Linda (Lisa) dan juga bapa kepada Boboy (Rayqal). Dirinya yang tidak matang dalam hal rumah tangga menyebabkan Linda mengambil keputusan untuk menuntut cerai.

Poster Cicakman 3


Masalah rumah tangganya ditambah pula dengan kehadiran Inspektor Adam (Fizz Fairuz) yang juga merupakan rakan sekolahnya yang cuba merampas Linda.

Kehidupan Man berubah apabila dia menjumpai minyak serum milik Cicakman yang mampu memberi kuasa luar biasa kepadanya. Dia yang kembali bersemangat dengan kuasa yang dimiliki itu begitu teruja untuk menjadi superhero.

Sinopsis Filem Cicakman 3

Walau bagaimanapun, kehadiran Man tidak lagi bermakna di Metrofulus kerana munculnya hero baru iaitu Super-Bro lakonan Yus Jambu.

Saksikan Cicakman 3 yang bakal menemui penonton di pawagam mulai 12 Mac 2015.

Filem Cicakman 3 arahan Yusry Abdul Halim bersama Ghaz Abu Bakar ini merupakan sebuah filem yang menjadikan Zizan sebagai peneraju utama menggantikan Saiful Apek.



 
Chatroom