Home » » 10 kebaikan makan lobak merah

10 kebaikan makan lobak merah

10 kebaikan makan lobak merah

Daripada pemerhatian rambang, ramai wanita muda sama ada yang sudah mempunyai anak atau masih solo sangat memilih dalam soal pengambilan sayur-sayuran.
Bahkan ada yang langsung tidak makan sayur walaupun tahu ia mengandungi banyak khasiat dan vitamin bukan untuk kesihatan saja, malah kecantikan.

Ramai yang lebih rela membelanjakan puluhan atau ratusan ringgit membeli produk kecantikan daripada mengunyah sayur-sayuran.

Lobak merah antara sayuran yang enak dinikmati dalam hampir semua hidangan. Ia juga baik untuk kesihatan keseluruhan tubuh terutama pada kulit, mata, sistem penghadaman dan gigi.

Dan jika keinginan untuk makanan manis tidak mencukupi, 10 alasan ini mungkin cukup untuk membuatkan kita makan lebih banyak lobak merah selepas ini.


1. Beta karotena: Lobak merah kaya dengan sumber antioksidan yang antaranya mengubah kepada vitamin A dalam tubuh untuk membantu mengekalkan kulit sihat.

2. Penghadaman: Lobak merah meningkatkan jumlah air liur dan membekalkan mineral penting, vitamin serta enzim yang membantu memudahkan proses penghadaman. Makan lobak secara kerap dapat membantu mengelakkan ulser gastrik dan penyakit lain membabitkan sistem penghadaman.

3. Elemen alkali: Lobak merah kaya dengan elemen alkali yang menggiatkan dan membersihkan darah selain mengimbangi ratio asid/alkali tubuh.

4. Kalium: Lobak merah adalah sumber terbaik untuk kalium yang membantu mengekalkan tahap garam dalam tubuh, sekali gus membantu menurunkan tekanan darah.

5. Kesihatan gigi: Lobak merah membunuh kuman dalam mulut dan membantu mengelakkan kerosakan gigi.

6. Luka: Parutan lobak merah yang mentah boleh digunakan untuk membantu mengubati luka dan kerengsaan.

7. Fitonutrien: Antara kebaikan fitokimia yang ada pada lobak merah ialah fitonutrien dikenali falcarinol yang mengurangkan risiko kanser usus dan membantu menggalakkan kesihatan usus secara keseluruhan.

8. Karotenoid: Lobak merah kaya dengan karotenoid yang digunakan tubuh untuk mengawal paras gula dalam darah.
9. Serat: Lobak merah tinggi kandungan serat larut yang mampu merendahkan tahap kolesterol.

10. Mata, rambut dan kuku: Nutrien dalam lobak dapat meningkatkan kesihatan mata, kulit, rambut, kuku dan banyak lagi dengan membantu tubuh menyingkirkan bahan toksin serta membina sel baru.





 
Chatroom