Diet Selebriti Korea: 5 Cara Gadis Kpop Diet
Bukan senang nak menjaga penampilan dan mengekalkan bentuk badan yang cantik seperti selebriti Korea. Mereka berdiet dan membuat pelbagai rutin senaman supaya sentiasa nampak ‘elok’ pada pandangan mata peminat. Dalam entri kali ini, Klik berkongsi tip diet lima orang selebriti pujaan kamu.
Uee *After School*
Uee diet dengan jus biji-bijian. Minuman ini mengandungi kacang hitam, gandum, beras, susu soya, dan madu. Jus ini membuatkan saya mudah rasa kenyang. Untuk makan tengah hari pula, Uee makan nasi dengan lauk tauhu dan salad ayam. Menurut Uee lagi, dia akan pastikan pengambilan kalorinya tidak melebihi 1000 kcal setiap hari.
Nicole *Kara*
Gadis ini mengamalkan diet Denmark. Program dietnya sangat ketat dan memerlukan kesabaran. Nicole lebihkan pengambilan menu protein tinggi, rendah lemak, dan rendah kalori selama 13 hari. Sumber proteinnya pula adalah ikan, ayam, dan daging. Dalam masa dua minggu, Kara berjaya menurunkan tiga kilogram berat badannya.
Seo In Young
Dia makan pisang setiap hari. Katanya pisang membantu untuk menghilangkan lemak pada perut dan menjadikan wajahnya kecil. Untuk sarapan pagi, dia akan makan dua biji pisang bersama air kosong. Untuk makan tengah hari dan makan malam, Suh In Young makan apa saja yang dia mahukan, tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Dengan cara ini, dia dapat menurunkan sehingga enam kilogram dalam masa sebulan.
Park Bom *2NE1*
Kata Park Bom, dia hanya makan salad ketika berdiet. Ini untuk mengekalkan bentuk badannya yang langsing. Salad membuatkannya kenyang dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Park Bom turut memberitahu jika dia lapar pada waktu malam, dia hanya akan makan jagung bakar.
Hyomin *T-ara*
Untuk menghayati lirik lagunya, 'Nice Body', Hyomin nekad untuk berdiet bagi mendapatkan bentuk abdan yang cantik. Dia mengamalkan diet detoks dengan lemon selama tujuh hari. Selain menjaga dietnya, dia juga bersenam secara konsisten. Hasilnya, Hyomin turun empat kilogram ketika merakam video muzik lagu tersebut.