Home » » Sinopsis animasi Rimba Racer (Bananana!)

Sinopsis animasi Rimba Racer (Bananana!)

Sinopsis Rimba Racer 

Rimba Racer mengisahkan tentang seorang pelumba jalanan, Tag dan rakan karibnya, Miles telah ditawarkan untuk berlumba dalam Rimba Grand Prix bersama pelumba-pelumba hebat lain. Pada mulanya, Tag berlumba jalanan dengan 'Bash Brothers' menggunakan kereta lumbanya iaitu 'The Ripper' yang dibina oleh Miles.

Namun, Tag telah mendapat perhatian dari pihak Rimba Grand Prix dan mendapat tawaran untuk menyertai perlumbaan berprestij itu. Namun perjalanan demi mengejar cita-citanya menjadi seorang pelumba yang berjaya tidaklah semudah yang disangka. Tag perlu berhadapan dengan pelbagai rintangan dan musuh dalam mengejar garisan penamat.


Rimba Racer telah dilancarkan pada 17 Disember 2014 oleh Tun Dr Mahathir dan disaksikan oleh penggiat utama industri. Ianya telah mula bersiaran pada hari Sabtu, 10 Januari 2015 pada jam 5 petang dalam slot Bananana!.

Dalam pada itu, Rimba Racer juga akan bersiaran di NTV7 dalam Bahasa Inggeris dalam suku ketiga tahun 2015 kelak.

Siri animasi 13 episod, ‘Rimba Racer’ adalah hasil karya Glue Studios pasti akan menetapkan satu tanda aras baru dalam dunia animasi 3D di Malaysia.



 
Chatroom