Home » » Che Ta usaha turun berat badan selepas bersalin

Che Ta usaha turun berat badan selepas bersalin

Che Ta usaha turun berat badan

Umum mengetahui, Che Ta kini sedang cuti berehat daripada dunia lakonan sejak April lalu demi anaknya itu.

“Sekarang ini pun saya masih lagi sedang bercuti. Bahkan, majlis aqiqah dan kesyukuran ini adalah permulaan kepada sebarang aktiviti.

“Mulai pertengahan bulan ini, saya akan sibuk untuk memulakan sesi fotografi sebagai duta produk pelangsingan badan,” katanya.

Begitu pun, kata pelakon berusia 42 tahun ini, dia belum bersedia untuk menerima sebarang tawaran berlakon drama mahupun telefilem.

“Saya sudah lama tiada anak kecil, jadi apabila sudah ada ini, saya tidak sampai hati hendak tinggalkan dia hanya kerana berlakon.
Che Ta akikah anak

“Jika tidak berlakon pun, kehidupan saya masih lagi boleh diteruskan apatah lagi saya kini sudah mempunyai syarikat produksi dan bisnes sendiri.

“Untuk sementara waktu, saya tangguhkan dulu untuk berlakon,” katanya.

Tambah pelakon Kiah Pekasam ini, dia juga kini sedang berusaha untuk menurunkan berat badannya.

“Saya baharu saja turun 20 kg dari 75 kg.

“Sasaran saya turun 11 kg lagi selepas ini untuk mendapatkan berat ideal,” katanya.

Ketika ditanya adakah mereka merancang untuk menambah cahaya mata lagi selepas ini, baik Zain mahupun Che Ta, mereka menyerahkan perkara itu kepada takdir.

“Doktor ada memberitahu, jika kami hendak menambah anak, elok disegerakan kerana tidak mahu ambil risiko tinggi atas faktor usia Che Ta.

“Tetapi, mungkin kami akan berehat dulu dalam tempoh setahun sebelum mempunyai anak yang lain,” katanya.-sinar harian



 
Chatroom